BERITA MUFAKIRIN
Sistem reputasi dan point telah di laksanakan dalam portal.Ini adalah untuk menunjukkan reputasi dan point seseorang forumer.Lebih byk thread lebih byk point akan forumer dapat,untuk mendapatkan reputasi pula,forumer lain yang akan menyumbangkan points kepada forumers lain berdasarkan post atau topic mereka samaada menarik atau tidak.Point dan reputasi tersebut boleh dilihat dibawah avatar exm:Number of posts: 1835Age: 20Location: ipohJob/hobbies: government officer/shopping..hang out wit frenz..surf net..Points: 212Reputation: 0Registration date: 2008-09-23
Who is Online ?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest None
Most users ever online was 20 on Fri Sep 11, 2009 4:48 am
Top posters
| F.M | ||||
| misz_piejah | ||||
| 8TeeN | ||||
| kipaslipas | ||||
| armyrole | ||||
| f e r 0 z | ||||
| Nadz | ||||
| zombie82 | ||||
| psycedelicenabil | ||||
| izualevil |
akhbar hari ini...4/12/2008
Page 1 of 1 • Share •
akhbar hari ini...4/12/2008
KOSMO
Awas penangan 'Datuk Kabi'
KUALA LUMPUR - Selepas penglibatannya dibongkar media Jumaat lalu, mangsa-mangsa penipuan 'Datuk Kabi and family' mula tampil membuat laporan polis mengenai kegiatan sindiket tersebut.
Kebanyakan mangsa mendakwa modus operandi digunakan 'Datuk' itu amat licik sehingga mereka terpesona dengan janji-janji yang ditabur suspek semasa berunding.
Seorang mangsa, Terrence Chan, 31, mendakwa, dia yang bekerja sebagai ejen hartanah kerugian RM20,000 apabila ditipu oleh 'Datuk' yang tidak membayar perjanjian sewa masuk ke sebuah rumah banglo di Jalan Ampang di sini.
"Sebaik menduduki rumah itu, 'Datuk' itu telah menyerahkan sekeping cek bernilai RM20,000 malangnya apabila cek itu cuba ditunaikan ia didapati cek tendang,'' katanya ketika ditemui di Brickfields semalam.
Menurut Terrence, dia tidak sangka akan ditipu kerana semasa rundingan mendiami rumah banglo tersebut dibuat, 'Datuk' itu turut memperkenalkan seorang peguam kepadanya.
Malah ujarnya, dia mudah percaya dengan 'Datuk' itu kerana melihat ahli keluarganya yang 'mempamerkan' dua buah kereta mewah termasuk Nissan Fairlady dan Toyota Estima semasa proses rundingan di rumah mereka.
Seorang lagi, mangsa Wei Yue Wan, 48, merupakan seorang kontraktor dalaman pula berkata, dia kerugian RM8,000 apabila ditipu seorang ahli keluarga 'Datuk' tersebut.
Ceritanya, dia mula mengenali salah seorang ahli keluarga 'Datuk' itu pada September lalu sebelum diminta memasang lampu di sebuah rumah banglo di sini.

Last edited by zombie82 on Fri Dec 05, 2008 8:47 am; edited 4 times in total (Reason for editing : edit bulan)

zombie82- Moderator

-

Number of posts: 897
Age: 28
Location: Ipoh,Perak
Job/hobbies: Admin..IT..Surfing..Editing...chiting
Registration date: 2008-10-15
Re: akhbar hari ini...4/12/2008
Empat maut: Van bertembung bas
KUANTAN - Hasrat empat sekeluarga untuk sampai ke kelas agama tidak kesampaian selepas van dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 25, Jalan Sungai Lembing-Kuantan dekat Kampung Ah Tong di sini malam tadi.
Mangsa-mangsa terkorban ialah Hanafi Ibrahim, 67, dua anak kembarnya, Abdul Halim dan Abdul Hakim, 16, serta cucunya, Abdullah Sahid Mohd. Omar, 16.
Keempat-empat mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan dan kepala.
Jurucakap polis berkata, dalam kemalangan pada pukul 7.30 malam, van yang dinaiki empat mangsa tersebut dikatakan dalam perjalanan dari arah Felda Panching Selatan menuju ke Masjid Panching sebelum ia bertembung dengan bas henti-henti yang datang dari arah bertentangan.
"Hanafi memandu van manakala Abd. Halim dipercayai duduk di bahagian depan, manakala Abd. Hakim dan Abdullah Sahid pula duduk di tempat duduk belakang.
"Akibat kejadian itu, van tersebut terperosok di bawah bas manakala para penumpang dan pemandu bas terbabit dikatakan melarikan diri selepas tragedi itu,'' kata beliau.

Takziah! Al- Fatihah.
aku kenal diorang ni..

F.M- SuperAdmin

-

Number of posts: 3516
Age: 25
Location: Ipoh, Perak
Job/hobbies: Kerja
Registration date: 2008-09-13

Re: akhbar hari ini...4/12/2008
F.M wrote:Mangsa-mangsa terkorban ialah Hanafi Ibrahim, 67, dua anak kembarnya, Abdul Halim dan Abdul Hakim, 16, serta cucunya, Abdullah Sahid Mohd. Omar, 16.
Takziah! Al- Fatihah.
aku kenal diorang ni..
erk kenal??sedara ker??

zombie82- Moderator

-

Number of posts: 897
Age: 28
Location: Ipoh,Perak
Job/hobbies: Admin..IT..Surfing..Editing...chiting
Registration date: 2008-10-15
Re: akhbar hari ini...4/12/2008
zombie82 wrote:
erk kenal??sedara ker??
Keluarga kawan.. Al-Fatihah

F.M- SuperAdmin

-

Number of posts: 3516
Age: 25
Location: Ipoh, Perak
Job/hobbies: Kerja
Registration date: 2008-09-13

Re: akhbar hari ini...4/12/2008
HARIAN METRO
Mayat bayi dalam sungai
KUALA LUMPUR: Kejam apabila seorang wanita sanggup membuang bayi yang baru dilahirkan dalam sungai di sini, bagi mengelak diketahui orang ramai.
Bagaimanapun, tindakan itu terbongkar selepas seorang pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terserempak dengan mayat bayi berkenaan yang hanyut dan tersangkut pada besi perangkap sampah.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata, mayat bayi terbabit ditemui pekerja itu ketika melakukan kerja pembersihan dan mengutip sisa sampah di perangkap berkenaan di Sungai Batu di sini.
Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, pekerja DBKL itu terkejut apabila sisa sampah yang dipegang itu mayat seorang bayi perempuan.
“Mayat bayi yang dalam kandungan berusia antara enam hingga tujuh bulan itu dalam keadaan cukup sifat dan anggota badan.
“Ada kemungkinan bayi terbabit baru sahaja dilahirkan sebelum ia dibuang dalam sungai itu. Tidak dapat dipastikan sama ada bayi terbabit dilahirkan secara normal atau sengaja digugurkan,” katanya.
Menurutnya, saksi yang menemui mayat bayi itu segera menghubungi polis sebelum anggota polis dari balai Polis Sentul bergegas ke lokasi kejadian.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
“Polis kini membuka siasatan kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan menyembunyikan kelahiran bayi,” katanya.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Home
Portal
Gallery
FAQ
Register
Log in