BERITA MUFAKIRIN
ruang iklan untuk mempromosikan blog akan di buka..emailkan url blog anda dan iklan dlm bentuk jpeg 20 x 40 kepada mufakirin@gmail.com atau hantarkan kepada Admin..base on first come first serve...
Sistem reputasi dan point telah di laksanakan dalam portal.Ini adalah untuk menunjukkan reputasi dan point seseorang forumer.Lebih byk thread lebih byk point akan forumer dapat,untuk mendapatkan reputasi pula,forumer lain yang akan menyumbangkan points kepada forumers lain berdasarkan post atau topic mereka samaada menarik atau tidak.Point dan reputasi tersebut boleh dilihat dibawah avatar exm:Number of posts: 1835Age: 20Location: ipohJob/hobbies: government officer/shopping..hang out wit frenz..surf net..Points: 212Reputation: 0Registration date: 2008-09-23
Who is Online ?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 20 on Fri Sep 11, 2009 4:48 am
Top posters
F.M
 
misz_piejah
 
8TeeN
 
kipaslipas
 
armyrole
 
f e r 0 z
 
Nadz
 
zombie82
 
psycedelicenabil
 
izualevil
 

Solat mengubat penyakit mati pucuk!

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Solat mengubat penyakit mati pucuk!

Post by zombie82 on Fri Mar 13, 2009 8:29 am

KAJIANsaintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yangdiwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohaniantetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mentalterutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertiansetiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara duasujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukanlima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yangmendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyatamemanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiapumat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mentalmanusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan,termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah JabatanKejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM)yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor WanAbu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM),kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadapmereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular,komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata,mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia darisegi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat..

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkajiaktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlakukepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisitubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyakperkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkandalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan JabatanKejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayudan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secarasaintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yangsama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) danimuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambillagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun.Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dariUniversiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakamidan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solatboleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahunini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskankajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuaikajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenaiperbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasaketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenangberbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasaal-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secarasukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identitimereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampeladalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyakkebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutanmemperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagaicontoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solatmemberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkajicara gerakan solat merawat penyakit itu.

zombie82
Moderator
Moderator

Female
Number of posts: 897
Age: 27
Location: Ipoh,Perak
Job/hobbies: Admin..IT..Surfing..Editing...chiting
Registration date: 2008-10-15

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum