BERITA MUFAKIRIN
Sistem reputasi dan point telah di laksanakan dalam portal.Ini adalah untuk menunjukkan reputasi dan point seseorang forumer.Lebih byk thread lebih byk point akan forumer dapat,untuk mendapatkan reputasi pula,forumer lain yang akan menyumbangkan points kepada forumers lain berdasarkan post atau topic mereka samaada menarik atau tidak.Point dan reputasi tersebut boleh dilihat dibawah avatar exm:Number of posts: 1835Age: 20Location: ipohJob/hobbies: government officer/shopping..hang out wit frenz..surf net..Points: 212Reputation: 0Registration date: 2008-09-23
Who is Online ?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests None
Most users ever online was 20 on Fri Sep 11, 2009 4:48 am
Top posters
| F.M | ||||
| misz_piejah | ||||
| 8TeeN | ||||
| kipaslipas | ||||
| armyrole | ||||
| f e r 0 z | ||||
| Nadz | ||||
| zombie82 | ||||
| psycedelicenabil | ||||
| izualevil |
Perhitungan sengit di Hong Kong
Page 1 of 1 • Share •
Perhitungan sengit di Hong Kong
Oleh RADIAH SAORI
radiah@kosmo.com.my
HONG KONG menjadi medan terakhir buat pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk menebus kecewa.
Minggu lepas, dia dikecewakan oleh jaguh China, Lin Dan pada perlawanan terakhir Terbuka China dan minggu ini, dia perlu lebih garang di Hong Kong jika mahu menebusnya.
Pada Ogos lepas, Chong Wei turut dihampakan oleh pemain yang sama pada perlawanan akhir untuk acara badminton pada Sukan Olimpik Beijing.
Kejohanan Terbuka Hong Kong minggu ini adalah medan terakhir buatnya untuk menunjuk jalan keluar kepada musuh ketatnya itu, tetapi dengan syarat mereka akan bertembung pada perlawanan akhir.
Terbuka Hong Kong akan berlangsung di Stadium Queen Elizabeth, Wan Chai.
Ia mungkin pertemuan terakhir bagi kedua-dua jaguh badminton dunia itu tahun ini memandangkan Lin Dan berdepan laluan sukar untuk melayakkan diri ke Final Masters bulan depan.
Chong Wei kini selesa pada ranking pertama Super Series manakala Lin Dan pula hanya menduduki ranking ke-16 sedangkan hanya lapan pemain terbaik Super Series sahaja yang layak secara automatik beraksi pada kejohanan di Kota Kinabalu, Sabah itu pada 18 hingga 21 Disember ini.
Selain Sukan Olimpik dan Terbuka China, Chong Wei juga turut tewas kepada Lin Dan pada Terbuka Switzerland, Mac lalu tetapi berjaya menewaskan pemain China itu pada aksi separuh akhir Piala Thomas di Jakarta Mei lalu.
Pada pusingan pertama hari ini, Chong Wei akan menentang pemain kurang ternama dari Jerman, Marc Zwiebler sebelum dijangka menentang pemain Hong Kong, Ng Wei ataupun jaguh Thailand, Boonsak Poonsana pada pusingan kedua.
Lin Dan pula dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke perlawanan akhir.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Beijing itu akan memulakan aksi menentang pemain kelayakan dari Scotland, Alistair Casey dan berkemungkinan menentang pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada pusingan separuh akhir.
Sementara itu, dua lagi pemain lelaki perseorangan negara turut beraksi hari ini.
Pemain veteran, Wong Choong Hann yang tewas kepada Lin Dan pada pusingan suku akhir di China minggu lepas akan menentang pemain Korea, Hong Ji Hoon manakala Chong Wei Feng dijadual menentang Taufik seawal pusingan pertama.
Sementara itu, ratu badminton negara, Wong Mew Choo akan memulakan aksi dengan menentang pemain pilihan kelima dari China, Zhu Lin pada pusingan pertama.
Selain Mew Choo, acara perseorangan wanita turut menampilkan Julia Wong Pei Xian dan Lydia Cheah Li Ya.
Julia akan menentang pemain Jepun, Ai Goto manakala Lydia pula bakal berdepan pemain China, Jiang Yanjiao.
Sementara itu, Malaysia mempertaruhkan sembilan pasangan beregu lelaki pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai AS$250,000 (RM905,000) itu.
Begitupun, tumpuan bakal diberikan terhadap tiga beregu utama yang diketuai oleh beregu No. 1 negara, Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari yang diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan.
Zakry-Fairuzizuan yang tersingkir pada pusingan suku akhir Terbuka China minggu lepas, akan memulakan aksi menentang beregu Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu manakala Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan berdepan beregu Indonesia, Muhammad Ahsan-Bona Septano.
Beregu veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pula akan menentang beregu China, He Hanbin-Sun Junjie.

zombie82- Moderator

-

Number of posts: 897
Age: 27
Location: Ipoh,Perak
Job/hobbies: Admin..IT..Surfing..Editing...chiting
Registration date: 2008-10-15
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Home
Portal
Gallery
FAQ
Register
Log in