Mufakirin Networking
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 87 on Wed 02 Oct 2019, 11:27

PERATURAN BERFORUM DI MN PORTAL

Go down

PERATURAN BERFORUM DI MN PORTAL Empty PERATURAN BERFORUM DI MN PORTAL

Post by Admin Thu 16 Oct 2008, 16:49

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, Komuniti Mufakirin Networking ini dibuka kepada umum dan semua pihak berhak menggunakannya. Namun begitu, untuk memastikan agar ahli-ahlinya dapat berinteraksi di antara satu sama lain dalam keadaan yang harmoni, satu peraturan telah pun ditetapkan dan diharap semua ahli dapat memahami konsep dan tatasusila ketika berada di komuniti ini.

Perkara-Perkara Yang Dilarang :
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang, lucah dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.

Sila Pastikan :
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman

Note: Pihak Pengendali tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Forumnis adalah dilarang:
1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti crews yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain.
4. Melanggar etika berforum.

Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan (banned) forumnis yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau komen adalah amat dihargai dan boleh diajukan terus ke Forum Mufakirin Help Center/Information Center.

Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

Sekian,
Admin
PERATURAN BERFORUM DI MN PORTAL 81503
Admin
Admin
Admin
Admin

Female
Number of posts : 219
Age : 39
Location : Melaka
Job/hobbies : Freelancer
Registration date : 2008-09-09

https://mufakirin.forumotion.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum