Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 29 on Sun 29 May 2011, 00:38

Etika berforum

View previous topic View next topic Go down

Etika berforum

Post by 8TeeN on Wed 17 Dec 2008, 14:52

Etika berforum adalah sesuatu yang tidak dipaksa kepada anda tetapi anda melakukakannya dengan rela hati untuk keselesaan ahli-ahli forum yang lain. Hormatilah peraturan ini dan antara satu sama lain – anda sebenarnya memilih untuk mengamalkan hak anda untuk mendapatkan layanan yang sama baik.

Sebagai permulaannya:

MEMBUAT TINJAUAN AWAL
Buat tinjauan dahulu sebelum memberi pendapat. Apabila anda mula-mula mengikuti forum, jangan terus buat sebarang komen. Cubalah baca dahulu dan ikuti apa yang berlaku serta fahami apa yang orang lain perkatakan. Selepas anda faham dan bersedia untuk menambah komen/maklumat yang berguna kepada tajuk perbualan, barulah menulis. Jika anda mencari maklumat tertentu, anda mungkin boleh mendapatkannya daripada topik-topik yang telah diposkan sebelumnya dengan mencari di topik-topik tertentu. Cubalah gunakan kemudahan carian di forum – yang terletak di bahagian atas menu bar. Atau sekurang-kurangnya, tolonglah baca halaman topik-topik terkini sebelum mebuat sebarang posting – anda mungkin akan menjumpai persoalan-persoalan/maklumat yang anda cari yang telah terjawab atau telah dipostkan sebelumnya.

POST DALAM FORUM YANG SESUAI
Terdapat banyak forum dalam laman ini – senarai penuh ada dalam capaian “Mufakirin Networking Index”. Tolong gunakan forum yang sesuai apabila memulakan topic yang baru.

JANGAN TERKELUAR DARI TAJUK
Jangan memulakan perbualan peribadi atau yang tidak berkaitan dalam topik orang lain. Sekali lagi, ini kurang sopan. Cubalah untuk tidak lari dari tajuk asal yang dibincangkan. Jikalau anda ingin menimbulkan isu-isu yang baru, pertimbangkan untuk membuka topik baru yang lebih sesuai. Jawapan sepatutnya diberikan kepada persoalan yang asal/mula-mula. Cubalah untuk tidak mencipta satu isu baru dalam topik sedia ada kerana ini akan membuat perbincangan menjadi kelam kabut dan tidak menyumbangkan kepada topik itu. Jika ada isu hasil daripada perbincangan topik itu, mulakanlah topik yang baru.

TOPIK-TOPIK PERIBADI
Topik-topik peribadi adalah topik yang dipostkan dalam forum terbuka yang sebenarnya untuk perbincangan antara beberapa orang tertentu sahaja. Sebarang topik yang ditulis sepatutnya terbuka untuk semua ahli forum. Perbincangan peribadi di antara beberapa kerat forumers sepatutnya dilakukan dalam “private message” atau pesanan peribadi – klik pada nama pengguna dan melalui halaman profil, anda boleh menghantar email kepada mereka yang berkenaan.

Tingkahlaku peribadi:

BERTIMBANG RASA TERHADAP ORANG LAIN
Tanpa sebarang persoalan, anda sepatutnya bersikap terhadap orang lain seperti mana anda mahu orang lain bersikap terhadap anda.

HORMATI PANDANGAN ORANG LAIN
Kadang-kadang anda akan berdepan dengan tulisan orang lain yang menyinggung perasaan anda. Sebelum membuat serangan balas secara terbuka, pertimbangkan dahulu kemungkinan mereka tidak berniat untuk menyinggung perasaan orang lain. Sangat mudah untuk membuat salah tafsiran melalui sebarang tulisan dalam sesebuah forum. Tidak perlu sama sekali untuk menyelesaikan masalah dengan menghina. Hormati pandangan orang lain walaupun mungkin pandangan mereka tidak sama dengan anda.

SIKAP BERHEMAH
Tiada serangan peribadi. Jika anda tidak dapat mengelak untuk membuat serangan peribadi terhadap orang lain, lakukanlah melalui email. Jangan beria-ia untuk memperlihatkan sikap anda secara terbuka. Gunakan “common sense” apabila membuat posting. Kita dalam perbincangan umum dalam forum global. Kita dilawati oleh segenap lapisan masyarakat dari pelbagai tahap umur dari pelbagai negara. Apa yang anda rasakan lucu mungkin dianggap kurang sopan dan menyinggung perasaan orang lain. Ingatlah bahawa kita adalah dalam Forum Memancing. Orang melawati kita bukan untuk dihidangkan dengan kata-kata yang kurang sopan dan menyinggung perasaan.

PERTELINGKAHAN PERIBADI
Jangan gunakan forum ini untuk menyelesaikan pertelingkahan peribadi, kutuk-mengutuk, serangan peribadi, atau untuk mencari populariti (anda sebaliknya akan dianggap kurang ajar). Diharap anda dapat menghormati antara atau sama lain dan menyelesaikan pertelingkahan peribadi secara peribadi atau di luar forum. Jikalau anda mendapati perbincangan menjadi semakin panas/hangat atau terdapat sesiapa yang terlalu emosional dengan pendapatnya, tolong bincangkannya dalam private message atau email.

KRITIKAN
Sesuatu topik tertentu mungkin boleh mengundang kritikan daripada ahli-ahli forum yang lain. Topik sebegini amat menarik untuk dipelajari andainya dibincangkan dengan baik. Inilah proses pembelajaran sebenarnya. Jika kritikan terlalu pedas, seseorang yang lain mungkin tawar hari untuk memberi pendapatnya. Jika kritikannya pula tidak ikhlas, tiada sesiapa yang akan mendapat manfaat. Kedua-duanya akan menggagalkan tujuan sebenar forum. Jika anda dikritik hebat: Jangan jadikannya sesuatu yang peribadi. Pertimbangkannya sekiranya anda boleh menerimanya. Kalau tidak, lupakan sahaja. Kalau anda mengkritik: Lakukan hanya sekiranya anda berasakan bahawa kritikan anda dapat memberi kebaikan/menyumbang terhadap sesuatu topik, kalau tidak lebih baik diam dan biarkanlah orang lain yang melakukannya.

JANGAN “TROLLING”
Apakah itu troll? Ia adalah orang yang suka menulis sesuatu yang dapat membangkitkan kemarahan orang tetapi kemudiannya memerhatikan sahaja orang lain berlumba-lumba datang untuk bertelingkah. Selalunya golongan ini menggunakan nama orang lain atau menulis menggunakan nama-nama yang berbeza. Umumnya mereka akan melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian umum. Jika anda melihat topik seumpamanya,janganlah memberi respon – topik itu mungkin akan dipadamkan atau dikunci akhirnya.

Jadi, intipati Etika Berforum:
• Panduan umum untuk beretika ialah: bersopan, bersikap matang, jaga tutur kata anda dan hormatilah pandangan orang lain (walaupun anda kurang bersetuju)
• Tuliskan pendapat anda dalam ruangan yang sesuai dan jangan campuradukkan dengan isu-isu yang lain.
• Yang paling penting, nikmatilah kerseronokan bersama kenalan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda melalui internet
• Cari kawan jangan cari lawan. Akhirnya, mereka akan seronok bertemu dengan anda – anda orang yang BERSOPAN!!

Saya pasti anda dengan jujur amat prihatian dan cukup berhemah untuk menjadikan MN Portal suatu tempat yang lebih baik untuk semua orang. Jika anda menemui golongan yang suka menimbulkan kekekcohan, orang yang suka menulis sesuatu yang berbentuk pertelingkahan peribadi, abaikan sahaja. Mereka akan pergi dengan sendirinya jika mereka tidak diberi perhatian.

_____________________________________________________________________________________________________________________
http://artwb.blogspot.com
http://www.myspace.com/kabuto85
||..I'm a HackThisSite Addict!!||
||..I Like Mat Scoot..||


8TeeN
Moderator
Moderator

Male
Number of posts : 1829
Age : 32
Location : Langkawee~
Job/hobbies : Ngadap Laptop~
Registration date : 2008-09-14

View user profile http://myspace.com/kabuto85

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum